Powered By Blogger

Tuesday, February 15, 2011

Biar dilanda gelombang,cintaku takkan tumbang....

Semenjak dua menjak ini aku sering terfikir, apakah sebenarnya yang aku cari dalam dunia ini? Bukan aku tak pernah terfikir, Cuma tak berapa serius la. Setakat gitu-gitu je. Apakah aku hanya memintal buih kasih, yang kemudiannya lenyap. Apakah aku sekadar mengirim rindu diangin lalu? Kalau angin sepoi-sepoi bahasa tak apa jugak, tapi kalau angin ribut taufan? Kirim apa pun tak guna!

Katakan.. katakanlah bahawa takde sapa pun yang menyanjung cinta seperti mana yang aku buat? Bukan nak cakap besar tapi itulah kenyataan. Aku gadis suci, memiliki cinta suci yang masih belum tercemar. Aku mencintai dengan sepenuh hati tanpa berbelah bagi... Tapi kalau dah pakwe yang nak blah terpaksalah aku bagi.. takkan nak paksa-paksa orang balas cinta aku pulak! Itu dah masuk kes bertepuk sebelah tangan beb!

Hanya aku yang sanggup mengakui bahawa aku ni memang berjiwa jiwang. Jiwang yang sesungguh-sungguhnya.. sekarat-karatnya! Akulah insan yang berani berterus-terang atau berterus-gelap menyatakan aku suka jiwang, aku suka cinta dan aku suka bercinta.

Mana ada insan yang sanggup mengakui terang-terangan depan khalayak bahawa dirinya jiwang? Semua malu nak mengaku walaupun sebenarnya dalam diri diorang mengalir darah jiwang jugak! Namun, inilah yang dikatakan orang sebagai nasib. Biarpun aku sungguh-sungguh tapi sampai sekarang tak ada pun yang sangkut.

Wahai kekasih-kekasih diluar sana.
.
Aku bukan nak menagih kasih apatah lagi menagih najis dadah! Aku tak pernah terfikir kisah duka lara aku ini akan menimbulkan rasa simpati. Tak nak! Aku tak nak semua itu! Aku hidup dalam cinta... aku hidup kerana cinta.. aku jadi insan yang kuat semangat kerana cinta! Cinta! Cinta! Cinta!

jejaka-jejaka hensem serata malaya..

Dalam sejuta hanya aku yang mempunyai rekod percintaaan paling kerap. Paling kerap jatuh cinta dan paling kerap putus cinta. Malah aku boleh jatuh cinta bila-bila masa je. Dalam masa seminit mahupun sesaat. Dan masa itu juga aku akan dikecewakan oleh cinta.

Sebenarnya bagi aku takde istilah frust! Leceh la frust-frust ni. Buat senak kepala hotak je! Dari layan frust ada baiknya cuba mengorat jantan lain, tak gitu? Soal dapat ke, tak dapat ke belakang kira. Kena maki atau kena baling kasut pun pedulik hapa! Itulah cabaran namanya. Cinta yang disulami cabaran barulah ada keseronokannya.


Aku tak pasti apakah yang bermain dimindamu pertama kali kita bersua. Yang aku tau aku memang dah syok kat kau masa tu. Biarpun lepas tu aku dapat tau yang kau lebih tua padaku, tapi aku tak kisah.. Apalah sangat nak dikira umur? Sebabnya jarak usia kau dengan aku bukan sampai boleh panggil kau atok pun.

Kita melayari lautan kehidupan dengan tenang biarpun sesekali angin bertiup kencang dan membawa gelombang besar. Kita susuri setiap lorong berliku dengan selamba biarpun sekali dua kaki tergelincir kedalam longkang. Ahh! Kita sudah cukup bahagia walau dalam keadaan apa sekalipun. Hujan ke, ribut petir di satu dua tempat ke, mendung atau berangin sekalipun. Walau cuaca berubah dan kadang-kadang ramalan kaji cuaca tidak tepat, kita langsung tak peduli semua itu..

Tujuh minggu tujuh hari tujuh jam telah kita lalui bersama, mengharungi suka tanpa duka,bergumbira setiap masa tanpa huru hara. Detik-detik ini bolehlah aku catatkan sebagai nan terindah dalam hidupku ini. Aku mula memintal angin membina mahligai seluas Putrajaya. Aku mula menganyam mimipi setinggi Menara Berkembar Petronas..ahh.. gila ahh!

No comments:

Post a Comment